
PETALING JAYA: Seorang pengarah agensi penguatkuasaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuching, Sarawak kerana dipercayai menerima rasuah daripada sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi di Sibu.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di Pejabat SPRM Sarawak pada kira-kira 6.20 petang tadi bagi dirakamkan keterangan.
“Suspek dipercayai telah menerima suapan daripada sindiket berkenaan sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan dan undang-undang terhadap kegiatan penyeludupan minyak diesel di Sibu.
“Tangkapan ke atas suspek adalah susulan serbuan dilakukan Bahagian Operasi Khas SPRM menerusi Op Liter di sebuah depoh simpanan minyak di Sungai Bidut, Sibu pada Ahad lalu,” katanya.
Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas…