Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pengarah syarikat bebas 118 pertuduhan pengubahan wang, invois palsu

today28 January 2022

Background



(Gambar Reuters)

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat pembekal perkhidmatan barang elektrik dan kelengkapan rumah bergelar datuk, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas 43 pertuduhan berhubung pindahan wang berjumlah RM16.5 juta dan 75 pertuduhan mengemukakan invois palsu berjumlah RM20.7 juta.

Hakim Rozina Ayob membebaskan K Jayakumar, 47, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, di akhir kes pendakwaan.

“Oleh itu, mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh daripada semua pertuduhan,” kata Rozina.

Seramai 36 saksi pendakwaan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula pada 29 Okt 2018.

Jayakumar dituduh atas 43 pertuduhan memindahkan wang berjumlah RM16.5 juta daripada akaun Maybank milik SMT Rezeki Sdn Bhd ke akaun Maybank milik Sinar Mentari Technology Sdn Bhd, yang dikatakan hasil daripada aktiviti haram.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah pejabat di Jalan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post