Site icon Hot FM

Pengarah urusan direman berkait rasuah projek pertanian RM25 juta


Suspek dipercayai terbabit dalam penawaran dan pemberian rasuah kepada pegawai di sebuah syarikat perladangan sebagai balasan projek.

PETALING JAYA: Pengarah urusan syarikat pengedar jentera pertanian direman tiga hari hingga Khamis kerana disyaki terbabit rasuah projek pembekalan, penghantaran, pengujian dan pemasangan traktor bernilai lebih RM25 juta.

Perintah reman terhadap suspek berusia 50-an dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber berkata, suspek antara tiga individu ditahan SPRM sebelum ini termasuk seorang pengurus besar pemasaran dan pengurus besar jualan di dua syarikat.

“Mereka dipercayai terbabit dalam penawaran dan pemberian rasuah kepada pegawai di sebuah syarikat perladangan sebagai balasan kerana memberikan projek berkenaan,” katanya menurut Berita Harian.

Sumber berkata, tiga suspek terbabit ditahan 11 malam tadi selepas hadir memberi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version