Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Bhd, Mohd Rafiq Mat Razali, dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran Datuk.
Beliau antara penerima anugerah dan pingat negeri sempena sambutan ulang tahun ke-76 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, di Seri Negeri.
Rafiq dilantik sebagai pengarah urusan Media Prima pada 1 Oktober 2021, dengan pengalaman luas dalam transformasi digital, kepimpinan strategik dan…
