
SEPANG: Pengasas The KL Sky Clinic, Dr Roland Victor yang berdepan pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video jelik berhubung vaksin Covid-19, menafikan beliau menakut-nakutkan rakyat Malaysia atau sesiapa daripada mengambil vaksin Pfizer Comirnaty.
Katanya, beliau juga tidak pernah menghalang orang awam atau penonton videonya daripada menerima vaksin itu.
“Saya tiada niat menakut-nakutkan sesiapa, tetapi harus diingat ‘medicines is dangers’. Sekiranya pesakit tidak tahu bagaimana cara menggunakan sesuatu ubat, ia boleh mendatangkan bahaya,” katanya ketika ditanya soalan tambahan peguamnya, Ahmad Zaidi Zainal pada perbicaraan bela dirinya di depan Hakim Ahmad Fuad Othman di Mahkamah Sesyen di sini.
Ahmad Zaidi: Adakah terdapat dalam mana-mana bahagian video terbabit Dr Roland memberitahu orang awam atau viewers (penonton video) jangan ambil vaksin Pfizer?
Dr…