Hot FM

Pengasas Public Bank meninggal dunia pada usia 92 tahun



Teh Hong Piow mengasaskan Public Bank pada 1965 ketika berusia 35 tahun. (Gambar Public Bank)

PETALING JAYA: Pengasas Kumpulan Public Bank, Teh Hong Piow menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 10.20 pagi tadi pada usia 92 tahun, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Menurut biografi di laman sesawang Public Bank, Teh dilahirkan di Singapura pada 14 Mac 1930 dan mendiang mendapat pendidikan formal di sebuah sekolah methodist di Singapura.

Mendiang mendirikan rumah tangga dengan Tay Sock Noy sejak 1956 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Public Bank dalam satu kenyataan berkata, pemergian Teh adalah satu kehilangan besar bagi Kumpulan Public Bank.

Teh mengasaskan bank itu pada 1965 ketika berusia 35 tahun dan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah urusan sejak ia mula beroperasi pada 6 Ogos 1966.

Mendiang bersara sebagai pengerusi bukan eksekutif Public Bank pada 2018 dan dilantik sebagai pengerusi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version