
PUTRAJAYA: Abdul Rashid Hussain, tokoh perniagaan dan pengasas kumpulan perbankan terkemuka RHB, dilantik sebagai pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Mengumumkan pelantikan itu dalam satu kenyataan hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mohktar, berkata Rashid dilantik bagi menggantikan Azman Mokhtar.
“Sesungguhnya pengalaman luas sebagai seorang tokoh korporat amat berharga dalam meneruskan kecemerlangan TH sebagai institusi pengurusan haji bertaraf dunia di samping membantu dalam memacu usaha pengukuhan yang sedang dan terus berjalan,” katanya.
Rashid, yang kini merupakan Ahli Lembaga Gabenor Universiti Islam Antarabangsa, pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Khazanah Nasional Bhd dari 1994 hingga 1998 dan…