

Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas tuduhan membunuh seorang bayi lelaki empat bulan di sebuah pusat asuhan dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ), awal bulan ini.
Tertuduh, Nur Farhana Fazmar Abdullah, 22, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, lapor Harian Metro.
Mengikut pertuduhan, Nur Farhana didakwa melakukan pembunuhan yang menyebabkan kematian bayi itu di Taska Pintar HSJ antara 1 pagi hingga 4 pagi pada 9 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memeruntukan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun, dan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati,…