
Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor atas pertuduhan membunuh rakan di sebuah tapak pelupusan sampah, awal bulan ini.
KK Turairajoo, 43, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Muhammad Ghulam.
Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Lelaki itu didakwa membunuh S Lachumanan, 23, di tapak pelupusan sampah Ladang Tuan Mee, Ijok, dalam daerah Kuala Selangor antara 4.41 petang 11 Mei hingga 4.42 pagi 14 Mei lepas.
Pada 11 Mei lepas, mangsa ditemui ahli keluarga dalam keadaan cedera parah serta berlumuran darah di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia pada 14 Mei ketika menerima rawatan.
Bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan serius di kepala,…