Isu & Kontroversi
Tular sebuah video di media sosial seorang pengawal keselamatan menghayun seekor biawak dengan gaya ‘helikopter’ sebelum mencampak haiwan itu ke jalan raya. Video tersebut yang tular itu mencetus pelbagai reaksi netizen, malah ada yang menganggap aksi tersebut sebagai salah satu bentuk penderaan haiwan.
Baru-baru ini di Sabah, berlaku sebuah kejadian di mana seorang pengawal keselamatan bertindak menghayun seekor biawak dengan gaya ‘helikopter’ sebelum mencampak binatang tersebut ke atas jalan raya. Difahamkan biawak tersebut memasuki kawasan kompleks perniagaan dan mencetuskan panik dalam kalangan pengunjung. Pengawal keselamatan yang bertugas bertindak pantas menangkap dan membaling ke atas jalan raya.
Video tersebut mencetus perbincangan hangat antara netizen terutamanya di Twitter selepas video itu dikongsikan semula oleh @DailyExpress_MY dengan mempertikaikan bahawa tidak perlu untuk menghayun haiwan tersebut untuk…