Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pengawal peribadi tayang pistol demi jumpa teman wanita

today22 September 2023

Background


Sepasukan anggota polis dari Cawangan D7 IPD Kajang menahan lelaki tempatan berusia 26 tahun bersama sepucuk pistol dan 10 butir peluru hidup.

PETALING JAYA: Seorang pengawal peribadi ditahan kerana disyaki menyamar anggota polis dan menayang pistol demi menemui teman wanitanya di sebuah kawasan perumahan di Bandar Sungai Long, Kajang.

Ketua Polis Kajang, Mohd Zaid Hassan, berkata laporan diterima semalam daripada seorang pengawal keselamatan di kawasan perumahan itu.

Katanya, mangsa didatangi suspek yang mahu memasuki kawasan perumahan di Bandar Sungai Long itu untuk menemui teman wanitanya.

“Mangsa kemudian meminta pengenalan diri daripada suspek untuk didaftarkan sebagai pelawat, namun suspek enggan memberi kerjasama dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, suspek yang berang kerana mangsa tidak mempercayainya, bertindak membuka pintu kereta dan menunjukkan sepucuk pistol terselit di pinggang.

Katanya, pengawal keselamatan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post