
GOMBAK: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan meneliti garis panduan jika Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 atau Akta 605 dikecualikan daripada universiti awam.
Ketua Pengarah KPT Azlinda Azman, berkata Akta 605 masih berada di peringkat perbincangan kementerian susulan pengumuman Menteri Zambry Abdul Kadir di Parlimen, Khamis lalu.
“Seperti dinyatakan menteri ada juga cubaan lihat Akta 605. Kita masih lagi dalam peringkat perbincangan dengan sebaik mungkin dalam masa terdekat,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan Pendidikan Yapeim di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Sementara itu, Rektor UIAM Osman Bakar menyambut baik cadangan Akta 605 khususnya kebebasan bersuara mengenai akademik.
“Sebenarnya kita berpegang kepada prinsip itu iaitu kebebasan akademik dan kebebasan membicarakan…