Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Pengemis Warga Asing Rancak Minta Sedekah Sepanjang Ramadan, Guna Kaedah Sindiket 3:7

today20 March 2025

Background


Mohd Halimie berkata, operasi dijalankan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan itu adalah susulan aduan yang diterima berhubung kebanjiran pengemis terutama warga asing.

Difahamkan, setiap tahun ketika Ramadan, banyak aduan diterima mengenai pengemis terutama sekitar pusat bandar sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan pengunjung.

“Untuk operasi hari ini, seramai 11 pengemis ditangkap dengan empat daripadanya adalah warga Thailand dan kita serahkan kepada JIM untuk tindakan lanjut.

“Bagi operasi puasa pula, seramai dua lelaki berusia 20-an ditahan kerana tidak berpuasa dan makan di dalam rumah kosong ketika serbuan dibuat.

“Kami juga memeriksa 25 premis perniagaan kebanyakan kedai bukan Islam dengan lima notis kompaun dikeluarkan disebabkan menjalankan operasi perniagaan sebelum jam tiga petang,” katanya lagi.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post