Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pengendali akaun media sosial dipanggil SKMM berhubung video simulasi keselamatan

today12 April 2024

Background


Tangkap layar video lama memaparkan simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan, yang ditularkan di media sosial.

PETALING JAYA: Pengendali akaun media sosial MyNewsHub dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkait tindakan memuat naik video simulasi keselamatan membabitkan ketua setiausaha negara.

SKMM menghubungi pengendali terbabit untuk dirakam percakapan susulan tindakan memuat naik dan memainkan semula video lama yang menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial.

Suruhanjaya itu dalam kenyataan berkata, ia memandang serius penularan video tersebut dengan tajuk “yang dilihat berniat untuk membina persepsi negatif terhadap penjawat awam”.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyeru orang awam supaya tidak mudah terpedaya dengan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post