
PETALING JAYA: Beberapa pemain besar industri telekomunikasi di Malaysia mencadangkan supaya perkhidmatan 5G kedua ditubuhkan, sebulan sebelum kerajaan memutuskan sama ada menggunakan pemborong tunggal atau sebaliknya.
Tiga sumber memberitahu Reuters, wakil enam pengendali telefon mudah alih telah menemui pegawai kerajaan pada Isnin untuk mencadangkan penyelesaian terhadap kebuntuan dihadapi Putrajaya dan syarikat terlibat selain berkongsi idea mengenai penggunaan 5G.
Sebelum ini, laporan Reuters mengatakan penyedia perkhidmatan dan kerajaan menemui jalan buntu mengenai pertikaian harga dan isu ketelusan dengan model yang dirancang.
Ketika ini, kerajaan bercadang menjadikan Digital Nasional Berhad (DNB) sebagai pemborong tunggal 5G yang akan membina, memiliki, mengendalikan rangkaian dan memajak spektrum kepada pengendali…