Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pengertian berbeza 31 Ogos bukan halangan saling hormati, kata premier Sarawak

today31 August 2024

Background


Premier Sarawak Abang Johari Openg berterima kasih kepada kerajaan persekutuan yang akur dengan pandangan yang berbeza mengenai tarikh 31 Ogos dan 16 Sept. (Gambar bernama)

SIBU: Pengertian berbeza terhadap tarikh 31 Ogos antara rakyat di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah, tidak harus menghalang penduduknya untuk saling menghormati, dalam usaha membina Malaysia yang progresif dan utuh.

Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata, perkara yang lebih penting adalah atas semangat ‘Segulai Sejalai’, rakyat Sarawak dan Sabah menghormati tarikh itu sebagai tarikh penting untuk rakyat di Semenanjung dan negara.

Katanya, ia sama seperti menghormati tarikh pembentukan Malaysia, iaitu 16 Sept, yang penting bukan sahaja bagi rakyat Sabah dan Sarawak, malah Malaysia keseluruhannya.

“Pada pandangan saya, tarikh-tarikh ini tidak lagi harus dipolemikkan, tetapi apa yang lebih penting adalah tarikh-tarikh tersebut dihormati dan difahami pengertiannya oleh semua rakyat negara ini, supaya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post