

Pengerusi sebuah badan berkanun dilaporkan akan didakwa esok berhubung penjualan lapan lot tanah milik agensi itu yang menyebabkan kerugian RM1.96 juta.
Lelaki berusia lingkungan 50-an yang bergelar ‘Datuk’ itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen George Town pagi esok, lapor Berita Harian.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini menahan lelaki terbabit bersama empat individu lain bagi membantu siasatan berhubung kes yang dipercayai berlaku pada 2015.
Empat individu lain terdiri daripada dua pengarah syarikat, seorang pengurus teknikal dan seorang kerani wanita, masing-masing berusia lingkungan 40-an hingga 50-an.
Pengerusi badan berkanun itu disyaki menyalahgunakan kedudukannya ketika menjadi timbalan pengerusi dan pengarah pada 2015.
Beliau didakwa meluluskan penjualan tanah di Seberang Perai Selatan pada
harga lebih rendah daripada nilai pasaran kepada sebuah…