
Pengerusi dan bendahari NGO direman kerana dipercayai mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu berkait program sumbangan makanan asas hampir RM5 juta.
Reman empat hari itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah susulan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi, lapor Kosmo.
Memetik sumber, mereka ditahan sekitar 3 hingga 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
“Siasatan awal mendapati semua suspek di mana bendahari NGO tersebut juga merupakan pengarah syarikat terbabit disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada 2021 hingga 2023.
“Semua suspek dipercayai mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu berkaitan program sumbangan makanan asas.
“Ia dengan niat untuk mengelirukan pihak NGO tempat pengerusi dan bendahari…