
Pengerusi bukan eksekutif IJM Corporation Bhd, Krishnan Tan, berkata beliau telah bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dan akan terus berbuat demikian dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau melalui satu kenyataan menafikan penglibatannya dalam operasi harian dan pengurusan syarikat itu.
“Saya telah memberi kerjasama penuh dengan pihak berkuasa dan akan terus berbuat demikian. Saya mempunyai keyakinan sepenuhnya terhadap proses penguatkuasaan dan undang-undang negara.
“Pada ketika ini, adalah tidak wajar untuk saya mengulas lanjut memandangkan siasatan sedang berjalan,” katanya.
Sementara itu, melalui satu kenyataan berasingan, IJM Corp berkata syarikat itu telah bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dengan memberi maklum balas segera kepada semua permintaan selain maklumat…