Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pengerusi JPKK disyaki ‘songlap’ duit peruntukan direman

today23 April 2025

Background


suspek songlap duit
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk mendapatkan perintah reman pagi tadi.
PETALING JAYA:

Seorang pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Sabak Bernam direman kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan membuat pindahan wang peruntukan dari akaun jawatankuasa berkenaan ke akaun peribadi miliknya tanpa kebenaran.

Perintah reman empat hari hingga 26 April terhadap suspek wanita berusia lingkungan 40-an dikeluarkan Majistret Noora Nisa Ngadirin selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret Shah Alam, pagi tadi.

Sumber berkata, berdasarkan maklumat terdapat pengerusi JPKK di daerah itu menyalahgunakan kuasa dengan membuat pindahan wang dari akaun JPKK ke akaun persendirian bagi kegunaan peribadi tanpa kebenaran ahli.

“Mereka turut dipercayai membuat pembelian aset tanpa kebenaran mana-mana pihak selain tidak mengemukakan bukti pembayaran perbelanjaan kepada ahli mesyuarat JPKK.

“Susulan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post