Hot FM

Pengerusi PN mesti diterima ‘melangkaui batas kaum’, kata pemimpin Bersatu


Ketua Bersatu Negeri Sembilan, Hanifah Abu Baker kata pengerusi PN mesti tokoh yang mempunyai penerimaan melangkaui batas kaum.
PETALING JAYA:

Pengerusi Perikatan Nasional mestilah seorang tokoh yang mempunyai penerimaan melangkaui batas kaum dan latar masyarakat, tegas seorang pemimpin Bersatu.

Ketua Bersatu Negeri Sembilan, Hanifah Abu Baker, berkata pengerusi mestilah tokoh sedemikian agar PN kekal sebagai gabungan nasional yang inklusif, stabil, dan diyakini rakyat.

“Hakikatnya, dalam PN hari ini, hanya dua tokoh yang benar-benar memiliki legitimasi, pengalaman serta penerimaan menyeluruh untuk menerajui gabungan ini, iaitu Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, dan Presiden PAS Hadi Awang,” katanya dalam kenyataan.

“Memandangkan Muhyiddin telah melepaskan jawatan pengerusi, maka Hadi merupakan pilihan paling rasional, kukuh dan berwibawa bagi memastikan kesinambungan dan kestabilan kepimpinan PN terus terpelihara.”

Nama Hadi muncul ketika satu nama mendapat sokongan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version