Site icon Hot FM

Pengerusi PSM, 3 lain bebas


Pengerusi PSM Dr Michael Jeyakumar Devaraj.

PETALING JAYA: Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Michael Jeyakumar Devaraj dan tiga yang lain dibebaskan malam ini selepas ditahan kerana cuba menghalang pegawai kerajaan negeri Perak membersihkan kawasan ladang.

Jeyakumar yang juga bekas Ahli Parlimen sungai Siput berkata mereka ditahan kerana menghalang kakitangan awam selepas meletakkan penghadang jalan.

Selain Jeyakumar, tiga lain yang ditahan adalah Ahli Jawatankuasa PSM, M Karthiges; ahli Pemuda PSM Perak, P Kesavan, dan petani dikenali sebagai Ho Pon Tien.

“Kerajaan tidak berpandangan jauh. Pada masa isu keterjaminan makanan menjadi satu kebimbangan, mereka datang untuk membersihkan kawasan ladang yang berkembang maju,” kata Jeyakumar kepada FMT.

Ketika protes berkenaan hari ini, Karthiges berkata, petani diberi notis pengusiran pada 13 Oktober lalu menyatakan ladang mereka terletak di atas tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, dan mengarahkan mereka…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version