Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pengerusi SPR harap sekatan untuk PRN Johor dilonggarkan

today1 February 2022

Background



Abdul Ghani Salleh berkata SOP bagi melonggarkan sekatan itu masih dibincangkan dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

PETALING JAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh berharap sekatan kempen dilonggarkan pada pilihan raya negeri (PRN) Johor akan datang.

Kebimbangan bahawa perhimpunan awam boleh membawa kepada penularan Covid-19 menyaksikan kempen disekat teruk ketika PRN Melaka pada November dan PRN Sarawak pada Disember.

Ketika ditanya dalam temu bual bersama RTM mengenai peraturan berkempen pada PRN Johor, yang mesti berlangsung pada atau sebelum 23 Mac, Ghani berkata SOP itu masih dibincangkan dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kita berada dalam Fasa 4 (pelan pemulihan negara), jadi bagi saya, ada kemungkinan Kementerian Kesihatan dan MKN akan bersetuju dengan saya bahawa perlu ada pelonggaran sekatan,” katanya.

“Ia bergantung kepada KKM … tapi kalau boleh…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Jason Thomas


Previous post