
PETALING JAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh berharap sekatan kempen dilonggarkan pada pilihan raya negeri (PRN) Johor akan datang.
Kebimbangan bahawa perhimpunan awam boleh membawa kepada penularan Covid-19 menyaksikan kempen disekat teruk ketika PRN Melaka pada November dan PRN Sarawak pada Disember.
Ketika ditanya dalam temu bual bersama RTM mengenai peraturan berkempen pada PRN Johor, yang mesti berlangsung pada atau sebelum 23 Mac, Ghani berkata SOP itu masih dibincangkan dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Kita berada dalam Fasa 4 (pelan pemulihan negara), jadi bagi saya, ada kemungkinan Kementerian Kesihatan dan MKN akan bersetuju dengan saya bahawa perlu ada pelonggaran sekatan,” katanya.
“Ia bergantung kepada KKM … tapi kalau boleh…