
TASHKENT: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ramlan Harun dan Timbalan Speaker Dewan Negara Nur Jazlan Mohamed antara enam rakyat Malaysia yang akan mengambil bahagian sebagai pemerhati antarabangsa dalam pilihan raya parlimen Uzbekistan pada Ahad ini.
Anggota lain dalam delegasi Malaysia, yang tiba di sini pada Khamis, termasuk Naib Canselor/Presiden Universiti Malaya Noor Azuan Abu Osman; Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia Mohd Faiz Abdullah; Ahli Parlimen Kuching yang juga Ketua Kumpulan Antara Parlimen Malaysia-Uzbekistan Kelvin Yii Lee Wuen; dan Ketua Program (Pendidikan Pengundi) Akademi Pilihan Raya SPR Mohd Rizuan Md Drus.
Lebih 500 pemerhati antarabangsa dan 150 wakil media dari 50 negara, termasuk Bernama, akan menyertai sebagai pemerhati semasa…