Penganalisis berkata penggabungan akan memberikan suara bersatu kepada masyarakat Kadazandusun-Murut yang berpecah-belah secara politik.

PETALING JAYA: Penggabungan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) akan memberi manfaat kepada masyarakat Kadazandusun Murut (KDM), kata penganalis politik.
Arnold Puyok dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata, cadangan penggabungan itu akan mengukuhkan sokongan masyarakat KDM kepada kedua-dua parti.
“Masyarakat sudah berpecah-belah dari segi politik. Apabila dua parti terbesar Kadazandusun-Murut bergabung, ia memberi petanda baik dari segi perwakilan politik mereka di peringkat negeri dan persekutuan,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, STAR dan PBS mendapat mandat mereka terutama daripada pengundi KDM dan dilihat sebagai…