Site icon Hot FM

Penggabungan PBS-STAR bagus untuk KDM, kata penganalisis


Penganalisis berkata penggabungan akan memberikan suara bersatu kepada masyarakat Kadazandusun-Murut yang berpecah-belah secara politik.

Presiden STAR Jeffrey Kitingan baru-baru ini mencadangkan penggabungan PBS dan STAR dalam usaha memberikan suara lebih kuat kepada masyarakat Kadazandusun Murut (KDM). (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Penggabungan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) akan memberi manfaat kepada masyarakat Kadazandusun Murut (KDM), kata penganalis politik.

Arnold Puyok dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata, cadangan penggabungan itu akan mengukuhkan sokongan masyarakat KDM kepada kedua-dua parti.

“Masyarakat sudah berpecah-belah dari segi politik. Apabila dua parti terbesar Kadazandusun-Murut bergabung, ia memberi petanda baik dari segi perwakilan politik mereka di peringkat negeri dan persekutuan,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, STAR dan PBS mendapat mandat mereka terutama daripada pengundi KDM dan dilihat sebagai…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version