Hot FM

Pengganti saya mesti bersih, bebas skandal, kata Wan Fayhsal


Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal yang dipilih ketua Pemuda Bersatu pada 2020 tidak mempertahankan jawatan itu kerana melebihi had usia kelayakan.

PETALING JAYA: Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal berkata penggantinya sebagai ketua Pemuda Bersatu mesti bersih, bebas skandal dan tidak menjadi liabiliti sehingga menjejaskan serta menyebabkan parti kalah pada PRU.

Ahli Parlimen Machang yang memegang jawatan itu sejak 2020 juga menggariskan penggantinya boleh bekerjasama baik dengan Pemuda PAS selain lantang dan berani menandingi seteru daripada Umno Dr Akmal Saleh.

Bekas timbalan menteri belia dan sukan itu tidak mempertahankan jawatan kerana melebihi had usia kelayakan. Kerusi berkenaan bakal menjadi rebutan Pengerusi Tetap Pemuda Bersatu Akmal Zahin Zainal Zahir dan Adun Gombak Setia Hilman Idham pada pemilihan bulan depan.

Adun Gombak Setia Hilman Idham dan Pengerusi Tetap Pemuda Bersatu Akmal Zahin Zainal Zahir akan merebut jawatan ketua Pemuda Bersatu pada pemilihan bulan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version