

Penggantungan enam tahun ke atas bekas ketua Umno Jempol Salim Sharif ditarik balik selepas kira-kira tiga tahun, susulan gelombang penerimaan semula bekas pemimpin dan ahli di bawah inisiatif ‘Rumah Bangsa’ parti itu.
Salim meluahkan rasa syukur kerana diterima kembali ke dalam parti dan berterima kasih kepada Presiden Umno Zahid Hamidi serta Majlis Kerja Tertinggi (MKT) kerana menarik balik penggantungannya tanpa syarat selepas tiga tahun.
“Saya menerima keputusan ini dengan penuh rasa syukur dan penuh keinsafan serta menyedari bahawa amanah besar sedang menanti demi perjuangan parti,” kata bekas Ahli Parlimen Jempol itu menerusi hantaran Facebook.
“Saya akan terus setia berkhidmat membantu memperkasakan dan merapatkan ukhwah Umno Jempol dengan lebih mantap. Inilah prinsip dan komitmen saya dari dulu, kini dan…