
Gerakan mahu parti komponen Perikatan Nasional (PN) menggunakan satu simbol tunggal pada PRN Melaka jika penggantungannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) berlarutan.
Presidennya Dominic Lau turut menepis cadangan salah sebuah parti komponen PN bertanding logo lain, merujuk laporan media menyebut kenyataan Pengerusi BN Zahid Hamidi yang terbuka membincangkan kemungkinan PAS bertanding menggunakan simbol ‘dacing’.
“Itu beliau (Zahid) yang cakap.
“Kita rasa perlu guna satu logo yang seragam… tapi kalau guna logo seragam, nak guna logo siapa? Yang ini semua akan bincangkan,” katanya pada sidang media.
Beliau yang juga timbalan pengerusi PN berkata penggunaan logo itu akan diputuskan selepas semua pimpinan parti komponen mengadakan perbincangan dalam masa terdekat.
Tambahnya, simbol yang…