Inkues dijalankan di Pulau Pinang, yang berakhir semalam, hanya ‘sandiwara’, kata Frank Pangallo.

GEORGE TOWN: Seorang ahli Majlis Perundangan Parlimen Australia Selatan menggesa inkues dijalankan di Australia berhubung kehilangan dan kematian Anna Jenkins, seorang penduduk Adelaide kelahiran Malaysia, di Pulau Pinang pada 2017.
Frank Pangallo berkata, koroner di Australia Selatan boleh menjalankan inkues berhubung kematian mana-mana warga Australia Selatan “di seluruh dunia”, dan “koroner kami sebenarnya sedang menunggu untuk melihat apa yang berlaku di Pulau Pinang”.
Inkues berhubung kehilangan Jenkins berakhir di Pulau Pinang semalam, dengan koroner mengisytiharkan keputusan terbuka disebabkan kekurangan keterangan mengenai kematian wanita berusia 65 tahun itu.
Jenkins kali terakhir dilihat keluar daripada…