Menurut Rapid KL, kelewatan berlaku disebabkan sebuah tren mengalami tekanan hidraulik rendah di stesen Maluri.

PETALING JAYA: Pengguna MRT meluahkan kekecewaan di Twitter apabila terpaksa berdepan kelewatan berjam-jam di laluan Kajang.
Menerusi ciapan di Twitter pada 7.22 malam, Rapid KL berkata, kelewatan berlaku disebabkan sebuah tren mengalami tekanan hidraulik rendah di stesen Maluri.
Memohon maaf atas kesulitan dialami pengguna, Rapid KL memaklumkan bahawa kerja baik pulih sedang dijalankan.
Pengguna Twitter, @RoadQuery bertanya sama ada ini masalah sama yang dihadapi tempoh hari.
“Belum selesai lagi?” soalnya.
Seorang lagi pengguna Twitter @nurhayatimfuad meminta pihak Rapid KL membuat pengumuman yang jelas berhubung masalah ini.
“Apa guna reka bentuk kemudahan di stesen yang lengkap dengan sistem siaran umum dan sebagainya, (tetapi) tak guna?” katanya.
Sementara itu, warganet @sewjianhao mengeluh bahawa…