SPRM menafikan dakwaan seorang pengguna TikTok bahawa ia menawarkan RM10 juta kepada Wan Saiful Wan Jan untuk menjadi saksi terhadap Muhyiddin Yassin.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan seorang pengguna TikTok bahawa ia menawarkan RM10 juta kepada Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, untuk menjadi saksi bagi mendakwa presidennya, Muhyiddin Yassin.
Individu berkenaan membuat tuduhan itu dalam satu video ringkas di TikTok hari ini. Wan Saiful pagi tadi didakwa di mahkamah atas tuduhan menerima rasuah berkaitan inisiatif Jana Wibawa.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, menepis dakwaan itu sebagai fitnah dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap individu itu.
“Manusia beginilah yang merosakkan kepercayaan masyarakat kepada SPRM,” katanya kepada FMT.
Sementara itu, semakan FMT dengan pihak Wan Saiful mendapati individu terbabit adalah…
