Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penghantar makanan guna duit poket sendiri bantu mangsa banjir

today24 December 2021

Background



(Gambar Twitter)

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang terus menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di beberapa negeri.

Terbaharu, video yang dimuat naik wartawan Astro Awani, Ridauddin Daud di Twitter memaparkan sekumpulan penghantar makanan menyumbang barang keperluan kepada mangsa banjir tular di media sosial.

“Semua ‘rider’ ini baru 18 tahun, namun semangat, jiwa mereka cukup besar. Cuti tujuh hari untuk bantu mangsa banjir. Tabik untuk anda,” menurut Tweet tersebut.

Difahamkan, 80 hingga 100 penghantar makanan itu membantu secara sukarela, dengan menghantar barang keperluan sejak semalam.

Di dalam video terbabit, salah seorang ‘rider’ memberitahu mereka mengambil inisiatif sendiri dengan mengumpul duit bersama bagi disalurkan kepada kawasan-kawasan yang terkesan.

“Minggu ini memang kami cuti, nak fokus tolong mangsa-mangsa banjir,” kata salah seorang wakil sekumpulan rider muda.

Difahamkan bahawa mereka…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Guardiola tetap tabik Leicester

London: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola percaya Leicester akan memberikan cabaran sengit kepada pendahulu Liga Perdana itu meskipun berdepan prestasi merosot ketika ini.

today24 December 2021