
SEPANG: Pesawat kargo khas yang membawa penghantaran kedua bantuan kemanusiaan sumbangan Malaysia untuk rakyat Palestin menerusi Ops Ihsan berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa El-Arish, Mesir, malam ini.
Pesawat kargo khas itu berlepas kira-kira 11 malam dari Terminal Kargo, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) membawa barangan keperluan utama seberat 20 tan antaranya makanan, barangan bayi serta perubatan.
Penghantaran kedua itu menjadikan jumlah barangan bantuan dihantar Malaysia mencecah kepada 40 tan setelah melakukan penghantaran pertama melibatkan barangan seberat 20 tan pada 3 Nov lepas.
Penghantaran itu merupakan sebahagian daripada 50 tan barangan berjumlah lebih RM7 juta yang dikumpulkan untuk Ops Ihsan.
Baki barangan bantuan seberat 10 tan dijangka dihantar dalam penerbangan…