Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Pengikut Biadap Gelar Beto Kusyairy Bebal – “Cantik Sungguh Bahasa Mamat Ni”

today21 May 2024

Background

Pelakon versatile, Beto Kusyairy kelihatan bengang apabila ada individu lelaki yang menggelarnya sebagai bebal gara-gara meninggalkan komen diruangan media sosial pelawak popular, Achey baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Achey kelihatan berkongsi tangkap layar laporan mengenai insiden yang menimpa atlet kayak negara, Siti Nurul Masyitah Elias, 22, di kilometer 3.5 Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) baru-baru ini.

Bagaimanapun, sedih dengan laporan berita tersebut, pelakon Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan itu sempat meninggalkan komen pada hantaran berkenaan.

Namun, komen yang ditinggalkan Beto itu mencetuskan rasa kurang senang terhadap seorang individu lelaki, apabila dia dilihat menggelar aktor itu sebagai bebal dan memalukan.

“Yang si Beto ni pun bebal dan memalukan. Study dulu apa maksud ‘dibebaskan dengan jaminan polis, then baru komen.

“Suspek bukannya dibebaskan terus cuma tempoh tahanan lokap telah tamat sahaja. Suspek belum bebas. Dia akan diheret ke mahkamah nanti lepas siasatan polis lengkap. Then terus jatuh hukuman. Study dulu bro. Jangan ikut sama kebebalan netizen-netizen Malaysia ni,” komen netizen.

Enggan berdiam diri dengan respons yang diberikan individu tersebut, Beto bagaimanapun berkongsi tangkap layar berkenaan di Instagram Story miliknya.

Menurutnya, komen yang ditinggalkan adalah merujuk kepada mangsa iaitu atlet kayak tersebut sekaligus memaklumkan dia juga tidaklah cetek ilmu pengetahuan mengenai sistem perundangan di Malaysia seperti yang didakwa.

“Cantik sungguh bahasa mamat ni… komen asal aku lebih pada mangsa.

“Dia ingat aku ni ‘bebal’ pasal sistem perundangan agaknya,” balasnya.

Sekadar info, atlet kayak negara yang juga merupakan seorang pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor itu terlibat dengan kemalangan selepas motosikal yang ditunggangnya diseret sejauh 600 meter oleh sebuah kereta jenis pacuan empat roda, Vios .

Dan, diifahamkan pelajar itu sering berulangalik dari rumahnya ke politeknik bagi menjaga ibu bapanya yang sakit.

Written by: Salma