Site icon Hot FM

Pengilang Dakwa Syarikat Tudung Fazura Telah Berhutang Hampir RM4.65 Juta Dengan Pihaknya


Sementara itu, Bom Hai juga mendakwa sudah beberapa kali menghubungi pihak Fazura namun masih tiada respon.

“Pihak saya sudah mencuba bermacam-macam cara untuk menghubungi pihak sana (Fazura) namun tidak mendapat kerjasama yang baik. Disebabkan kes (hutang) ini, status kewangan syarikat (Obor dan Feline) sangat terjejas,” katanya.

Malah, dia juga mendakwa apa yang diterima pihaknya daripada syarikat milik Fazura hanyalah janji-janji palsu sejak dua tahun lalu.

“Janji nak bayar tapi apa yang kami dapat hanyalah janji-janji kosong. Saya takkan ke depan (cerita pada media), andai semua dakwaan tidak benar.

“Saya memang tak sangka orang sepopular dan sehebat Fazura sanggup membuat kami tertunggu-tunggu bagai buah tak gugur mendapatkan hak kami sebagai pengilang tudung.

“Saya tak nak orang atau pihak lain menerima nasib sama seperti kami. Jangan mudah percaya dengan orang popular atau mereka yang berpengaruh.

“Saya terbuka untuk berbincang di luar mahkamah tapi nampaknya perkara itu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version