Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Penguatkuasa Serbu Geng Plastik Hitam, Peniaga Siap COD Makanan Ke Rumah Pelanggan

today17 March 2025

Background


Difahamkan, taktik baharu itu dilakukan apabila nasi bungkus akan dihantar terus ke rumah pelanggan untuk mereka yang ponteng puasa.

Menerusi laporan daripada Sinar Harian, Ketua Unit Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah (PAD) Kuala Muda, Shuib Ismail@Yusuf memberitahu serbuan Ops Plastik Hitam ke atas sebuah premis di Tikam Batu.

Mereka mendapati peniaga menyediakan perkhidmatan bungkus dan hantar makanan yang diletakkan dalam plastik hitam kepada pelanggan walaupun ketika itu baru menunjukkan jam 11 pagi.

Beliau memberitahu, semasa serbuan dilakukan, dua penghantar makanan juga sudah sedia menunggu ‘tugasan’ mereka mengikut tempahan ke sekitar kawasan itu.

“Ketika diserbu mendapati, peniaga sedang membungkus nasi yang ditempah, terdapat pelbagai jenis lauk dan minuman yang siap dibungkus, dua lelaki juga mengaku sebagai ‘runner’ dan akan buat urus niaga secara hantaran (COD) kepada pelanggan,” katanya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post

Sukan

Bidoglio mahu JDT kekal dominasi

Georgetown: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Hector Bidoglio amat berpuas hati dengan persembahan anak buahnya selepas meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas Penang FC pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya di sini, malam tadi.

today17 March 2025