Site icon Hot FM

Penguatkuasaan akan ditingkat, pastikan tiada harga tak seimbang


Ketua Setiausaha Perbendaharaan Johan Mahmood Merican berkata usaha mengukuhkan aspek penguatkuasaan penting supaya sektor perniagaan tidak menaikkan harga sewenang-wenang. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meningkatkan penguatkuasaan dan memberi tumpuan kepada usaha bagi memastikan tiada kenaikan harga yang tidak seimbang berlaku susulan pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel baru-baru ini, kata Kementerian Kewangan.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Johan Mahmood Merican berkata usaha untuk mengukuhkan aspek penguatkuasaan adalah penting supaya sektor perniagaan tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya, kerana ia sama sekali tidak berkaitan dengan skala rasionalisasi yang dilaksanakan.

“Rasionalisasi itu bertujuan untuk menangani penyeludupan dalaman dan merentasi sempadan bagi memastikan ia lebih tertumpu ke arah membantu rakyat secara keseluruhannya,” katanya pada sesi panel dalam simposium bertajuk “Subsidy rationalisation: Charting the course towards…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version