
KULIM: Presiden Amanah Mohamad Sabu berharap nilai mata wang ringgit terus mengukuh sekali gus dapat mengurangkan kos import bahan makanan.
Beliau yang baharu dilantik sebagai menteri pertanian dan keterjaminan makanan berkata trend pengukuhan ringgit dapat dilihat selepas PRU15 dan berharap situasi itu berterusan.
“Dengan pertukaran kerajaan dan pelantikan perdana menteri (Anwar Ibrahim), keyakinan mula berlaku sehingga mata wang kita menaik begitu mendadak dan kita harap ia dapat bertahan dan lebih baik pada masa akan datang.
“Nilai import kita akan lebih murah jika mata wang kita semakin kukuh, itulah harapan kita dan kenaikan ini memang satu perkara yang menakjubkan dalam masa 10…