

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pengumuman projek baik pulih bumbung flat di Skudai, Johor oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming bukan satu kesalahan pilihan raya kerana ia sudah diperuntukkan dalam belanjawan tahunan.
Anwar berkata, projek tersebut tidak melanggar mana-mana peraturan pilihan raya kerana ia bukannya projek baharu yang diwujudkan secara sengaja untuk meraih undi.
“Saya semak, beliau (Nga) umumkan projek yang telah diluluskan. Jadi kalau ikut dari segi prinsip, peraturan pilihan raya, itu dibenarkan. Tidak boleh projek baharu.
“Ada projek diluluskan dalam belanjawan tahun lalu… itu tidak ada kesalahan dari peraturan pilihan raya. Saya semak dari segi undang-undang dan juga kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) serta Akta Kesalahan Pilihan Raya,” katanya ketika waktu…