
KOTA TINGGI: Naib Presiden Umno, Khaled Nordin berkata, Barisan Nasional (BN) dijangka menang besar dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) terutama di Johor kerana rakyat hilang keyakinan pada Pakatan Harapan (PH).
Katanya, BN mempunyai peluang cerah untuk menang besar kerana pengundi di Johor penat dengan penipuan PH.
Menurutnya, selepas PH memenangi PRU14, pengundi di Johor sukar untuk bertemu pemimpin mereka.
“Fokus PH pada pilihan raya umum yang lalu adalah mendapatkan sebanyak mungkin kerusi Parlimen. Mereka tidak peduli pada pengundi,” kata bekas menteri besar Johor itu kepada FMT.
Khaled yang kali ini bertanding di Parlimen Kota Tinggi selepas tewas di Pasir Gudang kepada calon PKR, Hassan Karim berkata, pengundi tidak akan memilih PH lagi selepas apa yang mereka lalui ketika parti itu berkuasa.
“Kita melihat banyak kerusi ketika pilihan raya negeri…