
KUALA KUBU BAHARU: Pengundi Cina di Kuala Kubu Baharu mahu wakil rakyat baharu nanti mengikut jejak langkah Lee Kee Hiong dengan memperjuangkan keperluan masyarakat.
Pekerja bengkel kereta Yap Ket Hin berkata, sektor pelancongan di kawasan itu bertambah baik sepanjang tempoh perkhidmatan Lee sejak 2013 hingga 2024.
“Lee menjalankan tugas dengan baik sepanjang tiga penggal beliau menjadi wakil rakyat. Kini ada mural dan papan tanda yang cantik di tengah pekan,” katanya kepada FMT.
Yap merujuk kepada mural di dinding rumah kedai di sepanjang Jalan Mat Kilau, mempamerkan hutan rimbun dan sungai berliku-liku di sekitar pekan itu, menjadikannya lokasi percutian yang ideal bagi peminat pengembaraan luar.
Kerusi Kuala Kubu Baharu kosong berikutan kematian Lee akibat kanser pada 21 Mac dan penduduk akan mengundi pada PRK…