Hot FM

Pengundi Cina masih berteka-teki soal sokongan menjelang PRN Melaka


ANWAR_IBRAHIM CHINESE_COMMUNITY
Menurut data Jabatan Perangkaan, masyarakat Cina membentuk 21.1% daripada jumlah penduduk warganegara Melaka pada 2025.
MELAKA:

Pengundi Cina berkata mereka berhasrat menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRN 14 Nov ini, meskipun ramai enggan mendedahkan calon yang akan disokong, susulan kebimbangan terhadap kadar keluar mengundi dalam kalangan masyarakat itu.

Ketika ditemui FMT, pengundi di Bandar Hilir dan Ayer Keroh menyifatkan mengundi sebagai tanggungjawab sivik.

Lee.

Lee, 58, seorang pengundi dari Bandar Hilir, berkata beliau sudah membeli tiket penerbangan bagi memastikan dua anaknya yang menetap di Singapura pulang untuk mengundi.

“Kita perlu mengingatkan mereka bahawa mengundi adalah tanggungjawab kita. Kita perlu menggalakkan dan mendidik mereka mengenai perkara ini,” katanya kepada FMT.

Pemilik kedai makan, Chan, 59, dari Ayer Keroh, turut berkongsi pandangan sama.

“Ini tanggungjawab rakyat; kewajipan utama kita adalah memilih seseorang yang berkebolehan dan mampu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version