
KUALA LUMPUR: Menjelang hari mengundi bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) esok, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihati pengundi keluar mengundi mengikut masa yang digalakkan seperti tercatat dalam aplikasi MySPR Semak.
Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak berkata, seramai 20,853,681 pengundi bakal mengundi pada PRU15 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.
Beliau berkata, SPR berharap semua pengundi menjalankan tanggungjawab mereka dengan keluar mengundi esok.
Sekiranya pengundi tidak dapat hadir pada masa keluar mengundi yang digalakkan atas sebab tertentu, katanya, pengundi masih boleh keluar mengundi mengikut kelapangan masa dari 8 pagi hingga 6 petang di Semenanjung, manakala 7.30 pagi hingga 5.30 petang di Sabah dan Sarawak atau waktu yang diwartakan.
“Pengundi dinasihatkan tidak keluar…