

Pengundi Negeri Sembilan diseru memanfaatkan PRN pada 1 Ogos bagi menghukum Umno, dengan ketua Pakatan Harapan negeri, Aminuddin Harun, berhujah pengkhianatan terhadap kerajaan negeri oleh parti tersebut membawa kepada pembubaran DUN.
Menurutnya, sepucuk surat didakwa ditulis oleh Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, kepada pemimpin-pemimpin PAS mendedahkan perbincangan antara Perikatan Nasional dan Umno mengenai usaha menjatuhkan beliau sebagai menteri besar.
Aminuddin meminta DUN dibubarkan pada minggu lepas, dua tahun sebelum tempoh berakhir, selepas dua minggu pergolakan politik yang berpunca daripada tindakan 14 Adun Umno mengisytiharkan hilang kepercayaan kepada Aminuddin, yang memimpin kerajaan campuran negeri dibentuk oleh PH dan Barisan Nasional.
Ahli-ahli Umno tersebut kemudian bersetuju untuk kekal bersama kerajaan namun parti itu mengisytiharkan bahawa ia akan bertanding di…