MIRI: Kemenangan besar Barisan Nasional dalam PRK DUN Mahkota petanda masyarakat di kawasan itu mahu kerajaan perpaduan diberi peluang untuk menumpukan perhatian membangunkan ekonomi.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kemenangan Syed Hussein Syed Abdullah dengan majoriti besar 20,648 undi adalah sesuatu di luar jangkaan.
“Tidak siapa yang jangka kemenangan BN di pihak kerajaan perpaduan dengan majoriti 20,000 lebih dan saya percaya ini petanda masyarakat… sudah punyai pandangan bahawa berilah peluang kepada kerajaan perpaduan untuk menumpukan perhatian dalam bidang ekonomi, angkat darjat negara dan rakyat,” katanya.
Anwar berkata demikian semasa berucap pada jamuan negeri malam tadi sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Sarawak, yang turut dihadiri oleh Premier Abang Johari Openg.
Syed Hussien peroleh 27,995 undi, jauh meninggalkan pencabarnya…