
GUA MUSANG: Barisan Nasional (BN) yakin isu nasional dimainkan Perikatan Nasional (PN) termasuk kenaikan harga barang dan diesel sepanjang kempen PRK Nenggiri tidak akan mempengaruhi pengundi kawasan itu.
Pengerusinya Zahid Hamidi yakin pengundi DUN itu bijak menilai parti mana yang mampu mentadbir dengan lebih baik.
“Penggundi Nenggiri sangat bijak, isu-isu nasional dimainkan PN tidak melekat dalam pemikiran mereka.
“Bagaimanapun isu negeri (pembalakan dan masalah air), mereka (penduduk Nenggiri) sudah lama diketahui dan tidak ada sebarang penyelesaian sehingga kini.
“Rakyat dapat nilai kemampuan bukan sahaja calon itu tetapi pentadbiran negeri yang tidak dapat menyelesaikan masalah di Nenggiri dan Kelantan,” katanya selepas sambutan Hari Risda peringkat Kelantan di Kampung Kala Star hari ini.
Mengenai peluang BN, Zahid berkata beliau…