Hot FM

Pengundi pilih PN kerana anti-Umno bukan minat pada PAS, kata Chandra



Pengundi Melayu, terutamanya golongan muda, nampaknya menjauhi parti yang ‘tercemar’, kata penganalisis. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang penganalisis menolak pandangan seorang pemimpin PAS bahawa prestasi memberangsangkan Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya umum baru-baru ini adalah disebabkan oleh peningkatan populariti politik Islam.

Saintis politik Chandra Muzaffar berkata, PN dan PAS berjaya hanya kerana pengundi Melayu hilang kepercayaan terhadap Umno, yang sebelum ini mendapat sokongan sebahagian besar pengundi.

Beliau memberitahu FMT bahawa kes rasuah yang berterusan melibatkan pemimpin tertinggi Umno adalah kunci peralihan pengundi ke PN.

“Desak-desakan meletakkan calon yang dikompromi dalam soal integriti membuatkan pengundi tipikal Umno terpesong,” katanya.

“Jadi pengundi Melayu beralih kepada parti yang mereka rasa paling selesa, dan PAS paling hampir dengan mendakwa mewakili Islam.”

Chandra juga berkata, PAS…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version