Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pengurus didakwa guna mesin cetak tanpa lesen, terbit bahan lucah

today15 November 2024

Background


Chin Chiang Swee
Pengurus syarikat Chin Chiang Swee didakwa menggunakan mesin cetak tanpa lesen daripada Kementerian Dalam Negeri di sebuah syarikat percetakan di Desa Tun Razak, Cheras 21 Jun lalu. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus syarikat percetakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menggunakan mesin cetak tanpa lesen dan menghasilkan penerbitan bahan lucah menggunakan mesin cetak, Jun lepas.

Chin Chiang Swee, 44, didakwa menggunakan mesin cetak tanpa lesen daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sebuah syarikat percetakan di Desa Tun Razak, Cheras pada 10 pagi, 21 Jun.

Pertuduhan mengikut Seksyen 3(4) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM20,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Chin juga didakwa menghasilkan penerbitan bahan lucah dengan menggunakan mesin cetak di tempat dan tarikh sama mengikut Seksyen 4(1) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman serupa.

Pegawai…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA